Friday, 2 November 2012

KAHWIN DI USIA MUDA


Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

2.25 pg : entry ini ditulis & rasa bersemangat pulak nk coretkn sedikit perkongsian ttg isu KAHWIN DI USIA MUDA.

Cakap orang : kahwin muda? bersedia ke? amboii! dh teringin sangat nak kawen ke? Orang hantar pg belajar, sibuk nk kawen!

Stigma yg mengecas ion negatif ini cepat terhasil bila isu ini diungkap.

Admin bukanlah nk ulas panjang ttg patut ke tak kawen muda ni?..apa takrifan kawen muda ni? berapa peringkat umurnya? sebab kesemua persoalan ini perlulah dtg dgn pro & kontranya. Namun kesempatan ini admin nak kongsikan dgn semua, satu pasangan muda yg baru berkahwin yg admin jemput ke studio GENERASI Y

Sweet bride : Amirul    Irine Nadia ^^.
Amirul & Irine sempat berkongsi cerita perkenalan antara mereka & yg peri pentingnyaa... bagaimana mereka mengambil keputusan utk bersatu. Admin respek pd keberanian mereka dlm membuat keputusan apatah lg Irine baru menjangkau 20 th ketika di satukan dgn Amirul, 26. 



Terjemahan cinta & kasih sayang mereka di huraikan melalui perkahwinan dan ia adalah satu ibadah yg dituntut apabila seseorang itu telah bersedia. Maka panjanglah juga kisah perjalanan hidup yg bakal mereka tempuhi berdua. 'Jika takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai'.

*Koleksi gambar dr facebook Irine tuu...admin pinjam jeee


Kepada pasangan ini admin ucapkan : SEMOGA KEBAHAGIAAN BERPANJANGAN KE AKHIR HAYAT , AMIN.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

[ Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi ]

Thursday, 1 November 2012

Bertatih . . .


~ Belajar berjalan ~ itulah maksud yg tepat bg perkataan di atas, & semestinya ia merujuk kpd baby kecil yg dh mula nak belajar berjalan . . . tatih!, tatih! tatih! dorongan yg selalunya keluar dr mulut si ibu kpd anak kecilnya yg terhoyong-hayang dgn tapak kakinya yg kecil itu.




Namun, dlm kitaran hidup seorang bernama manusia...bukan sekali proses bertatih ini berlaku. Malah mungkin kali ke-2, dan ke-3 kali. Cumanya bukanlah bertatih secara lahiriah...tetapi merujuk kpd jatuh bangunnya seseorang itu dlm hidupnya.

Jatuh bangunnya dlm kerjaya
Jatuh bangunnya dlm percintaan
Jatuh bangunnya dlm perkahwinan
Jatuh bangunnya dlm permuafakatan
Jatuh bangunnya dlm keduniaan . . . dan :
Jatuh bangunnya dlm perhambaan kpd Pencipta yakni Allah Azzawajalla.

Proses bertatih drp situasi di atas, jika diambil iktibar dan panduan, akan menjadi perisai kedukaan yg sangat hebat serta suluhan terang utk jalan masa hadapan. Harusnya selepas jatuh...bertatihlah mendaki puncak yg lebih baik. InsyaAllah.

Ini pulak cerita iktibar yg dilalui oleh seorang kanak2 di salah satu kawasan di wilayah China. Dia bertatih menggunakan tangan setiap hari ke sekolah kerana kakinya lumpuh! Purata masa diambil pergi & balik ialah 3 jam setiap hari. Hmmm...jadi, jgnlah kita putus asa setiap kali kita jatuh! Bangunlah & bertatihlah semula agar dpt kembali mengorak langkah yg lebih teguh!

RENUNGKANLAH, CARILAH KEKUATAN DIRI KITA SENDIRI . . . ^^.