
~ Belajar berjalan ~ itulah maksud yg tepat bg perkataan di atas, & semestinya ia merujuk kpd baby kecil yg dh mula nak belajar berjalan . . . tatih!, tatih! tatih! dorongan yg selalunya keluar dr mulut si ibu kpd anak kecilnya yg terhoyong-hayang dgn tapak kakinya yg kecil itu.
Namun, dlm kitaran hidup seorang bernama manusia...bukan sekali proses bertatih ini berlaku. Malah mungkin kali ke-2, dan ke-3 kali. Cumanya bukanlah bertatih secara lahiriah...tetapi merujuk kpd jatuh bangunnya seseorang itu dlm hidupnya.
Jatuh bangunnya dlm kerjaya
Jatuh bangunnya dlm percintaan
Jatuh bangunnya dlm perkahwinan
Jatuh bangunnya dlm permuafakatan
Jatuh bangunnya dlm keduniaan . . . dan :
Jatuh bangunnya dlm perhambaan kpd Pencipta yakni Allah Azzawajalla.
Proses bertatih drp situasi di atas, jika diambil iktibar dan panduan, akan menjadi perisai kedukaan yg sangat hebat serta suluhan terang utk jalan masa hadapan. Harusnya selepas jatuh...bertatihlah mendaki puncak yg lebih baik. InsyaAllah.


No comments:
Post a Comment